Sejarah perkembangan Kesatuan Guru-guru di negara ini pada awalnya didorong oleh penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja selepas Perang Dunia Kedua. Pada awal tahun 1920-an, guru-guru sekolah Inggeris di beberapa negeri telah menubuhkan persatuan guru-guru untuk sekolah-sekolah rendah yang bertujuan untuk kegiatan sosial. Ini disusuli oleh penubuhan MTA (Malayan Teachers Association) yang terdiri daripada persatuan-persatuan guru dari beberapa buah negeri yang memperjuangkan kepentingan profesion, sosial dan ekonomi kaum guru. Pembentukan MTF (Malaya Teachers' Federation) pada 1946 yang dianggotai kesatuan guru dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan,Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura telah memperlihatkan keperluan untuk menyatukan kesatuan-kesatuan guru di semua negeri tersebut di bawah naungan satu payung besar.

Pada 12-9-1947, 16 perwakilan dari 6 buah kesatuan guru telah bertemu di Kuala Lumpur untuk menubuhkan MTU (Malayan Teachers' Union) yang mana lidah rasminya dikenali sebagai The Malayan Educator. Walau bagaimanapun, MTU hanya kekal selama 2 tahun kerana pendaftarannya telah ditolak akibat pindaan Enakmen Kesatuan Sekerja. Usaha untuk menubuhkan PMTU (Pan-Malayan Teachers' Union) yang termasuk STU (Singapore Teachers' Union) juga menemui kebuntuan kerana bercanggah dengan Ordinan Kesatuan Sekerja 1940. Akhirnya pada 1951, MTU yang baru ditubuhkan di Kuala Lumpur tanpa dianggotai STU. Namun, MTU hanya merupakan Persekutuan Kesatuan-kesatuan guru yang tidak mempunyai keahlian guru-guru secara langsung. Oleh itu, adalah dirasakan amat perlu untuk menubuhkan satu kesatuan guru tunggal yang dianggotai guru-guru secara langsung. Desakan itu telah membuka satu lembaran baru dalam kesatuan guru dengan terbentuknya NUT (National Union of Teachers) pada 1954. NUT ketika itu dianggotai 9 buah kesatuan guru negeri dan beribu pejabat di Jalan Mandalay Pulau Pinang. Ibu pejabat NUT kemudiannya telah berpindah ke Kuala Lumpur pada 1959. Seterusnya, lidah rasmi MTU, The Malayan Educator telah diambilalih oleh NUT. Pada 1954, Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK) juga didaftarkan.

Pada Februari 1967, NUT dan KKGSK (Kesatuan Kebangasaan Guru Sekolah Kebangsaan) telah bersetuju untuk mengambil inisiatif ke arah pembentukan satu kesatuan untuk semua guru di Malaysia. Atas persefahaman itu, maka lahirlah PERGURUAN iaitu Alliance of Malaysian Teachers' Unions (AMTU). Seterusnya pada 1969, atas inisiatif MTUC , The Alliance of Teachers of Malaysia (ATOM) telah ditubuhkan. Pada 3.8.1972, rancangan NUT, KKGSK dan DTC Union (Daily Training College/Centre) untuk mengadakan Persidangan Perwakilan di Kuala Lumpur menguatkan lagi usaha ke arah penyatuan kesatuan-kesatuan guru. Impian ini telah direalisasikan dengan pengumuman KKGSK dan NUT untuk bergabung menjadi satu kesatuan guru tunggal yang raksasa. Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran maka akhirnya lahirlah NUTP (National Union of Teaching Profession) atau dikenali sebagai KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan). NUTP telah berjaya didaftarkan pada Januari 1974 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dewasa ini, NUTP (KPPK) merupakan pelopor pembela nasib kaum guru yang semakin mantap dan berwawasan.

SEJARAH NUTP  KEDAH
KPPK Cawangan Kedah selalu aktif dalam perjuangan hak-hak kaum guru sejak tahun 1974 lagi. Cawangan ini telah mengadakan mensyuarat Agong Ke-Dua pada 24 Mei 1975 di Foo Chow Association, Alor Setar dan di rasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Kedah. Seramai 74 orang ahli dari 500 ahli telah menghadiri mesyuarat terbut yang disaksikan oleh Encik Aloysius Matthew iaitu Setiausaha Agung KPPK.
free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
SEJARAH
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 29.03.2024
1        2        3