Malah seluruh dunia jua. Alhamdulillah kerajaan Malaysia mengambil langkah secara bijak dan terbaik bagi menanganinya dan memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat hingga kini. Amalan utama yang harus dipatuhi dalam SOP iaitu kebersihan dan penjarakan sosial. Bagi guru-guru di Malaysia adalah suatu sejarah dalam pendidikan.

Kesan daripada pandemik ini, KPM, JPN dan semua institusi pendidikan perlu patuhi SOP dan semua arahan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM)  demi keselamatan rakyat daripada jangkitan Covid-19.

Bagi guru pula, pembelajaran maya perlu berlaku dan ia adalah satu proses sebagai norma baharu pendidikan. Sehubungan dengan itu, e-pembelajaran perlu diusahakan melalui pelbagai kaedah. Antaranya melalui Whatsapp, Telegram, Instagram, Platform Zoom, Google Meet dan aplikasi Google Classroom. Guru tetap berusaha untuk meningkatkan kemahiran demi anak didik mereka. Namun ada cabaran-cabaran lain seperti masalah capaian internet oleh anak murid mereka dan perkakasan peralatan yang dihadapi murid.

Pada masa yang sama, NUTP melihat dan mengambil cakna proses dan aktiviti e-pembelajaran diperlukan demi meneruskan budaya pembelajaran maya kerana ia juga suatu proses penyampaian ilmu.

Selain itu, usaha NUTP untuk guru Kedah berjaya menganjurkan sesi taklimat berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada 11 Februari 2020 di Hotel Merilton, Sungai Petani dan pada 18 Februari 2020 di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Mutakhir ini semasa tempoh PKP, NUTP mengambil inisiatif berkolaboratif bersama e-DIDIK Malaysia untuk meningkatkan kemahiran penguasaan 'Google Classroom' dalam kalangan guru dan kursus ini telah dianjurkan secara maya.

Ahli-ahli NUTP Kedah,

Perjuangan pendidikan NUTP kepada ahli-ahli terus menjadi agenda utama walaupun menghadapi kekangan dan tekanan. Misi pembelaan untuk ahli diutamakan walaupun rasa ahli kadang-kadang semacam tidak puas hati tetapi secara prinsipnya NUTP tidak pernah menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan murni ini.

Terima kasih. Kebajikan Guru Diperjuangkan.


Yang ikhlas,

.................................................
(SDR. HJ. MOHD FADZIL BIN MD ISA, PCK)
Pengerusi NUTP Cawangan Kedah

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG DARIPADA PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam sayangi Malaysiaku. Selamat tahun baharu 2021.

Bersyukur kita kerana masih diberi nafas dan bertemu lagi dengan guru-guru Kedah khususnya ahli NUTP. Sesi tahun 2020, guru-guru Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia mengharungi satu ujian besar oleh Allah dengan ujian wabak Corona Virus atau Covid-19.

free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
UCAPAN PENGERUSI NUTP CAWANGAN KEDAH
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 12.06.2021