bantuan persekolahan untuk murid-murid yang akan menikmati suasana bilik darjah pintar, ke arah pembelajaran abad ke-21.  Walau bagaimanapun masih terdapat banyak tuntutan dan penambahbaikan untuk NUTP perjuangkan. 
      
        Sebaik mana kualiti sistem pendidikan dan infrastruktur dirangka dan dibangunkan, tidak memberi sebarang makna, jika kualiti para pendidik atau guru tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi. Dalam bidang pendidikan, guru merupakan sumber yang paling penting bagi membentuk, membangun dan  melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya sebagai warganegara yang berkebolehan memecut atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dan dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050. Justeru, aspek komitmen guru terhadap organisasi amat perlu dikaji serta diberi fokus dan perhatian, lebih-lebih lagi jika komitmen ini dikongsi bersama oleh guru dan pengurus organisasi. Sesungguhnya, komitmen yang dikongsi bersama ini merupakan usaha ke arah pencapaian kecemerlangan. Selain itu, faktor penghalang utama iaitu beban kerja perkeranian dan program ‘on-line’ yang kian bertambah perlu dikaji secara mendalam demi mencapai kemenjadian pelajar.
       
        Pada 7 Ogos 2017, Majlis Pelancaran Poster Salah Laku Disiplin Murid Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di SMK Perimbun, Cheras , Selangor. Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Syabas diucapkan kepada  NUTP  yang telah mengorak langkah proaktif ini untuk menangani gejala sosial tersebut dalam kalangan murid dan pelajar sekolah. Justeru, di peringkat negeri Kedah, majlis pelancaran poster tersebut juga diadakan di SMK Agama Sik, pada 2 Oktober 2017. Dalam sidang media, selepas merasmikan majlis pelancaran, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Tuan Hj. Rozaini bin Ahmad, menegaskan JPN Kedah bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan KPPK untuk memantau isu disiplin pelajar di negeri Kedah.
  
        Di sekolah, guru sebagai pengajar, pendidik, pembimbing serta ‘role-model’ bagi anak-anak didiknya manakala dalam masyarakat, guru sebagai teladan dengan memberi sumbangan positif dalam norma sosial seluruhnya. Oleh hal sedemikian, ‘Jom, Sertai CDERT-NUTP’ untuk membantu mangsa bencana alam atau malapetaka di samping menunaikan kewajiban sosial terhadap masyarakat dan negara. Saudara dan saudari yang berminat boleh berdaftar di Pejabat NUTP yang berhampiran.



“ BERSATU  KITA BERJAYA” 



Yang ikhlas,



.................................................................................
(SDR. WANG HENG SUAN, SDK.,AMK.,BKM.)
Setiausaha  Kehormat  NUTP  Cawangan  Kedah

Salam Sejahtera 1NUTP dan Selamat Tahun Baharu 2018.
       
Bajet 2018 disifatkan sebagai menyeluruh, inovatif, menuju aspirasi TN50, mempunyai unsur berfikiran luar kotak serta NBOS. Antara inisiatifnya, wanita yang sedang mengandung lebih lima bulan dibenarkan pulang sejam lebih awal. Namun, NUTP berharap kemudahan tersebut hanya melibatkan guru-guru sesi petang, memandangkan mereka selalunya balik lewat.  Selain mendapat penambahbaikan yang dialu-alukan, bidang pendidikan mendapat keutamaan. Antara lain, masa kerja fleksibel dan
free counter
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
DARI MEJA SETIAUSAHA KEHORMAT NUTP CAWANGAN KEDAH
Kemaskini pada 11.06.2018